Update [Video] Syukur Dan Ambil Iktibar Keterbatasan Masyarakat Pattani Di Thailand – Annuar Musa

2

PATTANI, 5 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat Malaysia seharusnya memandang ke negara Thailand khususnya di Pattani bagaimana rakyatnya hidup dalam keterbatasan.

Baca: Tan Sri Annuar Musa Bersama Pengelola Sekolah-Sekolah Pondok

Ujarnya, keterbatasan itu telah membuatkan penduduk di Pattani lebih kreatif berikhtiar bagi memperbaiki taraf kehidupan.

“Kita Malaysia sepatutnya berasa bertuah dan beruntung kerana semuanya disedia dan dibantu oleh kerajaan. Tapi janganlah kerana sudah terbiasa dibantu menyebabkan kita lupa untuk berusaha.

“Lihatlah bagaimana penduduk di sini khususnya di rumah anak-anak yatim ini. Mereka sentiasa berusaha membantu satu sama lain khususnya dalam memperkembangkan lagi syiar Islam,” ujarnya dalam ucapan ketika melawat ke Pusat Anak Yatim, Darul Itam Wai Masakin Lil Banat.

tsam-1-300x200Beliau yang juga merupakan Pengerusi MARA mengadakan lawatan ke beberapa lagi pusat tahfiz bagi bertukar-tukar pandangan berkaitan pendidikan termasuklah pengkhususan kemahiran.

Lawatan selama dua hari satu malam bermula 5 Oktober turut disertai oleh 30 orang yang tediri daripada imam-imam masjid dan ahli UMNO Parlimen Ketereh.

Dalam lawatan tersebut, Annuar Musa yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh turut menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan sekolah dan wang tunai.

Antara tempat yang dilawati adalah Sekolah Agama Maahad Tarbiah, Majlis Agama Islam Wilayah Pattani dan Pusat Tahfiz Quran Masjid Pujud.
– MediaUMNO

1

2 thoughts on “Update [Video] Syukur Dan Ambil Iktibar Keterbatasan Masyarakat Pattani Di Thailand – Annuar Musa”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.