[Video] ‘Orang Kuat UMNO Bandar Tun Razak’ Maki PM, ‘Kepala Butoh’

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kecewa tidak dibantu oleh Datuk Seri Najib Razak, aktivis politik, Zaharin Mohd Yassin mengkritik Perdana Menteri dalam sebuah video yang dimuatnaik di laman sosial Facebook beliau pada Rabu.

Dalam video berdurasi 15 minit itu, Zaharin menggunakan kata-kata kesat terhadap Presiden UMNO itu kerana tidak memberi sebarang bantuan sepanjang penglibatannya di dalam politik Umno.

“Seperti mana kata (Datuk Seri) Azeez Rahim, aku tak faham dengan Zaharin ni banyak dah aku bantu. Kepala butuh Najib Razak pernah bantu aku.

“Aku (sebenarnya) nak tolong kau tau, aku nak naikkan kau Najib Razak (kerana) aku bekerja untuk jadikan kau Perdana Menteri,” ujarnya.

Zaharin yang juga merupakan ketua Umno Cawangan di Bandar Tun Razak itu turut menyifatkan ahli Puteri Umno sebagai GRO yang tidak mempunyai maruah kerana mengkritik statusnya di laman Facebook.

“Saya minta tuan-tuan dan puan-puan semua jangan campur urusan saya dna juga kepada Puteri Umno jangan nak lebih dari sudu kecuali puki kamu dimain oleh (pengendali portal) MyKMU (baik) kamu diam jangan campur.

“Barangsiapa yang komen saya dalam Puteri Umno maknanya dia memang GRO, mengangkang untuk MyKMU dan JASA sekian terima kasih,” ugutnya pula.

Terdahulu Zaharin dibidas kerana membuat cerita palsu apabila mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor telah menampar pipi Najib dalam satu program yang diadakan di Putrajaya.

Beliau bagaimanapun gagal untuk dihubungi kerana sedang bercuti di Jakarta.
— SuaraTV

One thought on “[Video] ‘Orang Kuat UMNO Bandar Tun Razak’ Maki PM, ‘Kepala Butoh’”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.