[Video] TPM Tidak Kecil Hati Dikritik Berucap Di UNGA

Posted on

 

zahid-hamidi-umno_pc_111215_tmiseth_04

IPOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sama sekali tidak ambil peduli atau berkecil hati berhubung kritikan terhadap beliau yang berucap dalam bahasa Inggeris pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-71 di New York baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau secara sinis berkata apa yang lebih memalukan adalah sekiranya rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di tanah air tetapi tidak mampu bercakap dalam Bahasa Melayu.

Baca: Yang Penting Mesej Disampaikan TPM Diterima PBB

Baca: [Video] Teks Penuh Ucapan Ahmad Zahid Di UNGA

Baca: Malaysia Ajak Dunia Bersatu Menentang Pengganas – Ahmad Zahid

Baca: Let’s Stand United Against Terrorists – Ahmad Zahid

Baca: Motorola Solutions Eyes Malaysia Move – Ahmad Zahid

“Sebagai orang Malaysia perlu fahami bahawa di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung,” katanya ketika menutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menarik perhatian bahawa terdapat segelintir warga asing yang baru tinggal di Malaysia tetapi fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

“(Ini lebih baik) berbanding dengan rakyat Malaysia yang telah 25 tahun tinggal di negara ini tetapi masih tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya.

Jumaat lepas, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata mesej yang disampaikan Ahmad Zahid pada Perbahasan Umum PBB itu diterima baik oleh negara anggota badan dunia itu.

“Adalah malang bahawa sesetengah rakyat Malaysia telah mengkritik dan memilih untuk menonjolkan cara penyampaian ucapan oleh timbalan perdana menteri daripada fokus dan mencerna mesej penting yang beliau sampaikan pada Perbahasan Umum PBB,” kata Anifah.

— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s